RSS
++iNsaN biaSa yG CuBa MenJadi Luar Biasa++MenuLiS SekaDar PerKonGsiaN Idea & KehiDuPan++

~ KenaLi SahaBaT anDa ~



12 SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Khas BuaT SaHabaTku ~



Light of Friendship

I've seen the light
And it's in you,
In everything you are
And in everything you do

It's a perfect light
That shines for all to see
It radiates from you
And has pierced the heart of me

The light is from a friend.
It's a light that keeps me warm.
It lets me know how loved I am,
And keeps me safe from harm

To you my friend I am thankful,
In each and every way.
For you lift my spirits up,
With every passing day

To know that you are there for me
It makes me feel alive
Because it is your friendship's light
Upon which my love thrives

"Thank you" isn't good enough
But they're the only words I know
It is your light of friendship
That gives my world it's glow

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~PERCAYA ATAU TIDAK - ANDA ADALAH PUNCA KESUSAHAN ANDA~

Percaya atau tidak jika kasih katakan bahawa setiap kesusahan atau penderitaan yang kita hadapi adalah berpunca daripada diri kita sendiri....haa...jika sahabat-sahabat masih sangsi lagi tentang kebenaran ini....marilah kita cermin-cerminkan diri kita sendiri, mungkin perbuatan yang kita lakukan sehari-hari adalah punca kepada kesusahan itu. walaupun perkara atau perbuatan yang kita lakukan tersebut adalah remeh di pandangan kita sebelum ini namun ini lah hakikatnya.... kasih berminat sekali berkongsi pengetahuan ini dengan sahabat-sahabat sekalian, mungkin dengan sedikit perkongsian berguna dari kasih ini dapat memberi panduan kepada sahabat sekalian...insyaAllah.

Dalam kitab Al-barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara-perkara yang mempunyai hubungkait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan diatas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan dengan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalah hidangan makanan.
6. berwuduk di tempat buang air besar atau kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri dengan mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membersihkan tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yag sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan yang tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletak jari-jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. memdedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau kecil.

Pada pendapat kasih, apa yang disenaraikan ini jika dilihat dari sudut logik sekalipun memang ada logiknya kenapa perkara-perkara tersebut dilarang dan sememangnya memberi kesan buruk kepada diri kita sendiri....tidak perlu kasih tuliskan tentang kesannya jika perkara-perkara diatas kita lakukan...kasih percaya sahabat-sahabat semua bijak untuk memikirkan kesannya bukan...kasih doakan semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa dilindungi daripada ditimpa musibah. amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ KEMENANGAN PERIBADI MENDAHULUI KEMENANGAN UMUM~

~ hari ni ni adalah hari kedua aku menabur keringatku di ruang maya ini, kuharapka masih ada yang sudi untuk menjengah seketika di ruang blogku yang masih lapang dan masih hauskan isian yang bermanfaat kepada semua.

~ hari ni kasih begitu teruja untuk berkongsi dengan semua pembaca tentang sebuah buku yang kasih sedang dalam proses membacanya. sebuah buku yang sekali kasih pandang telah terpaut di hati ini. buku yang kasih pinjam dari pustaka upsi yang barangkali dapat membuatkan kita merenung kembali kehidupan harian kita. harapan kasih buku ini bukan sahaja memberi pengetahuan berguna kepada kasih malah kepada semua sahabat-sahabat kasih yang sudi membacanya.

~ tajuk buku ini " MANUSIA YANG SANGAT EFEKTIF"

~ buku ni telah diterjemah dari buku asalnya yg berjudul "daily reflections for highly effective people"

~ penulis asal STEPHEN R.COVEY

~ apa yang menarik tentang buku ni adalah tentang 7 kebiasaan manusia yang sangat efektif dalam kehidupan sehari-hari. 7 kebiasaan yang mesti dihidupkan oleh setiap manusia agar hidup menjadi lebih efektif. kasih tak dapat nak bagi pendapat lagi tentang buku ni sebab kasih tak habis baca lagi. buku ni memberi kata-kata renungan untuk sehari-hari dalam masa setahun, menarik bukan. menurut buku ni, pada hari ini kata-kata yang perlu direnungkan ialah;


~21.januari.2009~
KEMENANGAN PERIBADI MENDAHULUI KEMENANGAN PUBLIK. anda tidak dapat membalik proses ini seperti halnya anda tidak dapat menuai sebelum anda menabur.

~ jadi renung-renungkan lah, mungkin juga renungan sejenak anda dapat mengubah hidup anda seterusnya menjadi lebih efektif...insyaAllah.

~bagaimana untuk menjadi manusia yang sangat efektif....apakata anda luangkan sedikit masa anda untuk membaca bingkisan dari saya ini....ape salahnya pelajari sesuatu yang mungkin memberi hasih kepada kita suatu hari nanti , bukan...

KEBIASAAN 1-- Jadilah Proaktif
kebiasaan menjadi proaktif atau kebiasaan visi personal, beerti mengambil tanggungjawab keatas sikap dan tindakan kita. mengambil inisiatif dan tanggungjawab untuk mewujudkan sesuatu....bak kata cikgu saya dulu...peganglah akauntabaliti agar kita sentiasa jadi insan yang bertanggungjawab..



KEBIASAAN 2-- Merujuk Kepada Tujuan Akhir
ini adalah kebiasaan kepemimpinan peribadi. mulailah dengan keputusan yang jelas untuk memahami dimana anda sekarang, kemana anda akan pergi dan apa yang anda hargai. so...fokuskan halatuju hidup anda, tetapkan matlamat yang betul dan laluilah landasan yang sepatutnya..anda pasti akan jadi insan yang hebat.



KEBIASAAN 3--Dahulukan Yang Utama
ini adalah kebiasaan pengurusan diri yang melibatkan pengorganisasian dan pengelolaan waktu dan kejadian. aturkan diri anda sendiri.



KEBIASAAN 4-- Berfikir Menang-menang
menang-menang adalah kebiasaan dari kepimpinan interpersonal. menang-menang adalah sikap untuk mencari keuntungan bersama.pemikiran ini dimulai dengan komitmen untuk menggali semua pilihan sampai terdapat pemecahan yang memuaskan hati semua pihak, atau tidak mengambil keputusan sama sekali....sangat sukar untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh memuaskan hati semua pihak...namun jika terpaksa, kita perlu lakukan sesuatu....jika hal ini berlaku pada anda...apa keputusan anda???...fikir2kan lah..



KEBIASAAN 5--Berusahalah Mengerti Lebih Dahulu Baru Dimengerti
maksud dari ayat ini adalah jadilah seorang yang empati. memahami hal dan membangunkan kemampuan untuk mendengar secara empati yang mendorong keterbukaan dan rasa percaya. saya pasti, rakan-rakan seperjuangan saya sangat memahami maksud kebiasaan ini..mudah-mudahan ia akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.



KEBIASAAN 6-- Wujudkan Sinergi
kebiasaan kerjasama atau kerja berkumpulan. sinergi dihasilkan dari menghargai perbezaan dengan membawa sudut pandang yang berbeza bersama-sama dalam semangat saling menghormati.



KEBIASAAN 7--Asahlah Gergaji
inilah kebiasaan memperbaharui diri.mempertahan dan memperkuat aset terbesar anda, diri anda sendiri, dengan memperbaharui dimensi fizikal, spiritual, mental dan sosial/ emosi diri anda.dengan kata lain...sentiasa update diri sendiri dan mencari potensi diri yang boleh membawa anda ke arah kecemerlangan.


Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat yang berguna kepada sahabat-sahabat sekalian.

~~~~ JADILAH MANUSIA YANG EFEKTIF~~~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ kasih Sampai Bila~ penjana insan berilmu....


~ alhamdulillah...syukur kehadirat ilahi, berkat petunjuk dari-NYA akhirnya lahirlah blog Kasih Sampai Bila yang akan menjadi medan untuk saya bekongsi ilmu dan pengalaman berkenaan dunia pendidik terutamanya kerjaya sebagai seorang bakal kaunselor kelak...insyaAllah. saya harapkan, kelahiran blog ini akan memberi manfaat kepada semua pembaca terutamanya rakan-rakan dan pelajar-pelajar saya kelak...~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS