RSS
++iNsaN biaSa yG CuBa MenJadi Luar Biasa++MenuLiS SekaDar PerKonGsiaN Idea & KehiDuPan++

~PERCAYA ATAU TIDAK - ANDA ADALAH PUNCA KESUSAHAN ANDA~

Percaya atau tidak jika kasih katakan bahawa setiap kesusahan atau penderitaan yang kita hadapi adalah berpunca daripada diri kita sendiri....haa...jika sahabat-sahabat masih sangsi lagi tentang kebenaran ini....marilah kita cermin-cerminkan diri kita sendiri, mungkin perbuatan yang kita lakukan sehari-hari adalah punca kepada kesusahan itu. walaupun perkara atau perbuatan yang kita lakukan tersebut adalah remeh di pandangan kita sebelum ini namun ini lah hakikatnya.... kasih berminat sekali berkongsi pengetahuan ini dengan sahabat-sahabat sekalian, mungkin dengan sedikit perkongsian berguna dari kasih ini dapat memberi panduan kepada sahabat sekalian...insyaAllah.

Dalam kitab Al-barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara-perkara yang mempunyai hubungkait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan diatas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan dengan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalah hidangan makanan.
6. berwuduk di tempat buang air besar atau kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri dengan mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membersihkan tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yag sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan yang tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletak jari-jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. memdedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau kecil.

Pada pendapat kasih, apa yang disenaraikan ini jika dilihat dari sudut logik sekalipun memang ada logiknya kenapa perkara-perkara tersebut dilarang dan sememangnya memberi kesan buruk kepada diri kita sendiri....tidak perlu kasih tuliskan tentang kesannya jika perkara-perkara diatas kita lakukan...kasih percaya sahabat-sahabat semua bijak untuk memikirkan kesannya bukan...kasih doakan semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa dilindungi daripada ditimpa musibah. amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

~jangan lupa datang komen2 lagi k...=)