RSS
++iNsaN biaSa yG CuBa MenJadi Luar Biasa++MenuLiS SekaDar PerKonGsiaN Idea & KehiDuPan++

~KemuLiaan SeoraNG iSTeri~

...Mulianya seorang isteri disisi Allah...




Dan betapa berharganya wanita
yang bergelar isteri ini pada keluarga,
suami dan anak-anak.
Rugi dan binasalah suami-suami
yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah
yang akan membantu mereka
di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka...


Beruntungnya seorang wanita
yang ada rahim ini ialah
dia bekerja dengan Tuhan...
jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan
dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan
dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu
sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab
dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti
dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya
dari baligh sehingga
habis nyawanya.


Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa
mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi
seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang
kepada tali Allah.


Seandainya wanita itu mati
sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir
dia tak dapat masuk Syurga
tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita
yang bersuami seluruh kebaikan suaminya,
semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami
dia tak tanggung.


Diakhirat nanti
seorang wanita solehah
akan terperanjat dengan pahala extra
yang banyak dia terima
diatas segala kebaikan suaminya
yang tak disedari.
Contohnya
bila dia redha suaminya
pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Allah keatasnya jua..


Bila dia lihat suaminya
tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat
dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya
lepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi,
kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu
tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,
mulut selalu muncung
terhadap suami
dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula
mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik
dia akan tanggung
ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain..


Dinasihatkan kepada semua wanita
supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan
daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta
dari kepala ke kaki,
juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari
sebelah rusuk kiri lelaki
supaya dia hampir kepada kamu(lelaki)
lengan lelaki dicipta
untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki
untuk disayangi.


" Wahai Tuhan ...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa-dosa kami,
kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam
yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap,
cahayanya ialah
”Laa Ilaaha IllalLah”.
Jika diletakkan langit dan bumi
di sebelah dacing,
dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi,
pasti lebih berat lagi nilai kalimah
'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw.
bersabda (mafhumnya):
"Wahai manusia!
Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah',
kamu pasti berjaya!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

~jangan lupa datang komen2 lagi k...=)