RSS
++iNsaN biaSa yG CuBa MenJadi Luar Biasa++MenuLiS SekaDar PerKonGsiaN Idea & KehiDuPan++

~aPa PiLihaNku~


~CiNta: aPa KaTa MeReKa~


Kata mak….

Jangan membina cinta selagi belum bekerja…

Kerna, cinta buat kita lupa tentang realiti sebenar kehidupan…

Kata mak lagi,

Gunalah waktu muda ni dengan membina kerjaya…

Jangan biarkan diri dibelenggu dengan masalah cinta…

Akibatnya...

diri sendiri yang merana...


Kata kakak...

Jangan terlalu leka bercinta...

Ingat pengorbanan mak kepada kita...

Jangan sia-siakan semua harapan itu dengan cinta…

Cinta memerlukan tanggungjawab…

Dan siapa yang mahu bertanggungjawab pada cintamu, pengorbananmu…

Jangan kau pilih lelaki pengecut wahai adikku…

Jangan jadi bodoh…

Kau masih muda…

Berilah citamu kepada yang berhak…

Sayang....


Kata teman....

Jangan jadi seperti budak-budak...

Bercinta seperti monyet...

Mahu bercinta hanya untuk keseronokan...

Tiada tanggungjawab...

Jadilah dewasa....fikirkan tentang kerjayamu...

Dia...dia belum tentu tertulis untuk jadi imam mu kelak...

Dan kau juga belum tentu diciptakan untuk menjadi suri hidupnya...

Jangan buang masa dengan berfikir tentang hal yang sia-sia...

Kata teman lagi....

Binalah kerjayamu....

Suatu hari nanti akan datang juga belahan jiwa mu itu...

insyaAllah...


kataku....

aku masih berfikir....

benar juga kata mereka...

aku perlu utuhkan matlamat hidupku...

betul...jangan jadi bodoh....

aku ada masa depan....

kini adalah masa untuk aku mengumpul pengalaman...

bukan berfikir tentang cinta...

kini aku tidak kisah.....

aku tidak takut jika dipostingkan jauh di pedalaman...

aku tidak gentar jika terpaksa hadapi pelbagai rintangan...

sebab aku yakin...aku kuat untuk hadapi semua itu...

untuk mak...akan ku bahagiakan dan balas jasamu...

insyaAllah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

~jangan lupa datang komen2 lagi k...=)