RSS
++iNsaN biaSa yG CuBa MenJadi Luar Biasa++MenuLiS SekaDar PerKonGsiaN Idea & KehiDuPan++

~ProGram~

Sehari di maahad al-isLah

Assalamualaikum semua....

hari ni sy nk berkongsi dgn rakan2 semua tentang program yg sy dan kawan2 telah jalankan pd 5/9/2009 (sabtu) di maahad aL-islah di Teluk intan Perak.


perjalanan kami bermula sepatutnyer seawal jam 6 pg...tp disebabkan sedikit kesulitan mungkin seorang rakan, perjalanan kami lewat sedikit daripada jangkaan. pagi tu kami sgt rushing sbb program kami sepatutnyer bermula jam 8.30 pgi. tp......biaselah...agak terlewat sedikit. sy yg first time pergi ke sana merasakan perjalanan agak panjang....lagipun sy kena kendalikan slot yg pertama bersama rakan seperjuangan iaitu rosnah. lagipun slot ice-breaking pd aku mmg penting utk menarik perhatian peserta program utk fokus dalam program yg dijalankan disamping utk mengenali rakan mereka dgn lebih dekat. sy dan rakan2 sampai dgn selamat di maahad al- islah pada lebih kurang jam 8.40 pgi. walaupun terlewat sedikit tetapi kami meneruskan juga apa yang dirancang. Alhamdulillah, slot yang aku jalankan berjalan lancar. peserta program ni pun bagi kerjasama dgn baik kpd kami. sebenarnya, sebelum jalankan program di maahad al-islah ni, aku sedikit risau jika peserta tidak dapat memberi kerjasama @ aku sendiri yg tak dpt handle mereka. seingat aku, sejak aku di upsi, aku pernah menjalankan program bersama rakan2 di sebuah sek. maahad di pahang dan ini lah yg keduanya di teluk intan. entahlah....kadang2 aku rasakan menjalankan program di sekolah2 agama rakyat @ sekolah agama ni biasa sahaja, malah lebih seronok kerana pelajar2nya sgt menghormati kita sebagai tetamu. mungkin disebabkan latarbelakang yg berbeza dan mungkin disebabkan persekitaran sekolah yg berbeza memberi persepsi yg berbeza pd aku berbanding menjalankan program di sekolah menengah biasa. tetapi semuanya biasa shj. malah lebih seronok menjalankan program di sekolah agama.

ok...berbalik pd program yg kami jalankan kelmarin...
slot ice-breaking yg sy dan rosnah jalankan berjalan dgn lancar.sy lihat peserta2 program ni terhibur dgn aktiviti. tetapi hakikat yg sy terpaksa terima ialah program ini dijalankan di sekolah agama. pergaulan mereka terbatas dan tingkahlaku mereka jg sgt2 mereka jg. jadi untuk membuat mereka terhibur dgn aktiviti yg dijalankan agak menyukarkan pd sy. pada mulanya pelajar2 ni agak malu untuk datang kedepan utk brkongsi cerita dgn rakan2. tapi lama kelamaan mereka semakin ok dan enjoy. Alhamdulillah....slot pertama sudah selesai. selesai giliran sy dan rosnah...ilyana dan napisah pula mengambil alih dengan menjalankan inventori kerjaya kepada peserta program. inventori yg kami gunakan ialah VPI. untuk menjalankan slot ini agak mencabar jugak pd sy. sukar untuk membuatkan peserta memahami cara pengiraan skor. walaupun agak sukar, namun sy lihat peseta2 ni bersungguh2 mengira. ada yg teruja dengan keputusan skor yg mereka dapat. ada yang suka dengan keputusan yg mereka dapat. daripada pemerhatian sy, slot inventori 2 berjaya sbb boleh dikatakan semua peserta menjalankan inventori tersebut dgn jujur dan keputusannya valid dgn diri mereka. alhamdulillah...matlamat slot kedua mmg mancapai matlamat. pada sy, peserta2 ni akan lebih fokus kpd bidang yg sesuai dgn mereka jk mereka betul2 faham tentang potensi yg ada dalam diri mereka. insyaAllah. selesai slot kedua, peserta2 dibenarkan rehat.iye la kn....bulan puasa ni bukan senang untuk fokus kn. selepas solat zohor aktiviti diteruskan lg. slot ke3 iaitu LDK dilaksanakan oleh Kamsiah dan fashan. biasa la kn...aktviti LDK mstilah menyeronokkan. selesai slot ketiga, nazri terus menjalankan slot yg ke 4. slot ke 4 ni adalah ceramah pasal kemahiran belajar. biasala...dah petang2 tenaga masing2 semakin kurang...peserta2 nampak agak mengantuk kami sbg fasilitator ni pun dah mula penat...buat program pd bulan puasa mmg mencabar. ini baru sehari klu berhari2 entahlah.....jika peserta hilang fokus.....ubatnyer msti energizer....lepas 2 ok la kn.... selesai slot ke 4... maknanya selesai sudah semua aktiviti..selepas berhenti solat asar..akan diadakan majlis penutupan. majlis penutupan dirasmikan oleh pengetua maahad al- islah. alhamdulillah...selesai sudah program. lega rasanya....selepas sesi bergambar, kami berehat dahulu sebelum menunggu waktu berbuka. juadah berbuka puasa semunya disediakan oleh pihak maahad. juadah berbuka mmg sedap, namun disebabkan masing2 hilang selera disebabkan kepenatan jadi semua hanya mengisi perut kecuali pengarah program....mungkin disebabkan program dah selesai, so hati dah makin senang dan tenang....

walaupun kepenatan, namun masing2 rasa puas....sy nk ucapkan setinggi terima kasih kepada pihak maahad al-islah dan ahli2 group iaitu kamsiah, napisah, nazri, fashan, ilyana dan rosnah sbb byk memberi kerjasama. walaupun agak penat tapi semua berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan...semoga kita masih berpeluang untuk mengendalikan program bersama2 lagi suatu hari nanti. insyaAllah. hurmmmm.....lepas ni sibuk lak nk siapkan laporan....huhuhu...cayok2..

........gambar sms jalankan program akan di upload kemudian......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

~jangan lupa datang komen2 lagi k...=)