RSS
++iNsaN biaSa yG CuBa MenJadi Luar Biasa++MenuLiS SekaDar PerKonGsiaN Idea & KehiDuPan++

baru ku sedar...

bahagianya aku sebagai pendidik....

salam semua...
harini tergerak hati nak kongsi cerita dalam blog ni...
mungkin apa yang kasih ingin kongsikan hanyalah sekadar
pengalaman kasih yang tidak seberapa...

setelah masuk 7 minggu kasih berpraktikum di sebuah sekolah ....... ini.
baru kasih tersedar bahawa pentingnya perkhidmatan kaunseling kepada para pelajar.
dulu....semua ni kasih x hiraukan..
kasih belajar dalam bidang pendidikan ni hanyalah untuk memenuhi hasrat mak kasih yang inginkan kasih menjadi seorang guru.
namun selepas berada dalam setting sebenar sebagai kaunselor pelatih di sekolah semua itu berubah....persepsi pertama kasih....

"kalau perkhidmatan kaunseling tak ada di sekolah pelajar nak jumpa siapa untuk bantu selesaikan masalah diaorang.."

lagipun banyak masalah yang kasih kenalpasti di sekolah ni. walaupun kasih masih baru dalam bidang ini namun perkongsian dengan pelajar tentang masalah mereka banyak membantu kasih untuk lebih mengenali zaman remaja pada masa kini. banyak yang perkara yang pelajar tak dapat nak kongsian dengan rakan dan keluarga mereka. kasih sedar sekarang betapa besarnya peranan kasih di sini walaupun kasih hanya sementara sahaja namun sebenarnya banyak yang kasih pelajari daripada pengalaman student2 ni. kadang-kadang kasih merintih dalam hati bila mendengan masalah yang mereka kongsikan...namun kasih cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan perasaan itu. pada fikiran kasih" jika aku merintih dengan apa yang mereka hadapi bagaimana pula keadaan mereka.......besarnya dugaan yang mereka perlu hadapi" kasih kena kuat untuk bantu mereka.

kasih ingat lagi tentang 2 orang student yang kasih kendalikan masalah diaorang...kedua-duanya membuatkan kasih betul-betul tersentuh. mata kasih berkaca-kaca menahan sebak....lemahkan kasih untuk menjadi seorang kaunselor?????bukankan itu yang dinamakan empati...hurmm....kasih termenung sendiri.

banyak sebenarnya masalah yang pelajar masa kini hadapi... terutamanya tentang masalah keluarga...jangan difikirkan pelajar yang bijak pandai tak ada masalah, jangan diingat pelajar yang baik tiada masalah, dan jangan diingat pelajar yang nakal ada masalah....semua itu hanya pelajar saja yang tahu. sebenarnya pelajar sekarang mempunyai cabaran yang cukup hebat dari pelbagai segi keluarga, sekolah dan persekitaran sangat mendesak mereka mengembangkan potensi diri mereka. kasihannya mereka....mereka berhak mempertahankan hak mereka sebagai generasi yang akan mewarisi masa depan....namun, mereka sendiri tidak tahu di manakah mereka mahu meminta pertolongan....kasih sedar tidak semua kaunselor memainkan peranan yang sepatutnya di sekolah.itulah silapnya sekarang...sedarlah wahai kaunselor-kaunselor semua.anda ada tugas penting kepada negara. tolong jangan abaikannya...marilah kita sama-sama berbakti kepada agama bangsa dan negara.

hurmm....terus terang kasih katakan yang hubungan kasih dengan pelajar yang nakal lebih rapat daripada pelajar yang bijak pandai....pelajar yang berada dalam kelas yang hujung2/ belakang yang ramai datang ke bilik kaunseling berjumpa untuk berkongsi tentang kehidupan mereka. betullah apa yang pernah pensyarah kasih katakan dulu...kaunselor adalah rakan kepada pelajar terutamanya pelajar yang nakal dan berisiko.

kasih gembira apa yang kasih hadapi sekarang.walaupun penat namun kasih puas kerana dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka. betapa gembiranya diri ini apabila student keluar dari bilik kaunseling dengan wajah yang ceria dan selepas beberapa perjumpaan memberitahu bahawa masalah yang dihadapi telah selesai selepas melaksanakan alternatif-alternatif yang telah diperolehi daripada sesi sebelum ini...

kasih selalu berdoa agar semua pelajar-pelajar kasih dapat menghadapi cabaran hidup ini dengan sabar dan tidak putus asa. kebahagiaan kamu semua adalah kebahagiaan cikgu. cikgu sentiasa doakan keselamatan semua pelajar-pelajar yang cikgu sayangi dan kasihi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

I'M NOT mr_PERFECT said...

cam mana dengan pengurusan sekolah tu?

sebagai guru seni dan moral..nic setakat ni alhamdulilah tidak ada masalah dalam menyampaikan ilmu kat bebudak2 tu...lgpn bebudak form 4..kiranya matang la sikit...nak marah2 mmg tak sesuai..so nic selalu pkai psyco dye org..huhuh..

cuma yg nic kesalkan kat sek nie ialah pentadbiran dyeorg yang tidak sistematik...
sekiranya ibu-bapa dtg membela anak-anak mereka...
org atasan lak mintak kita mintak maaf pada parents apa yg kita buat kat anak mereka walaupun hakikat sebenar anak mereka yang salah...

~kaSiH LaiLa~ said...

kasih...
pihak pngurusan ok jek....tp adew gak yg x ok...
cume masalah student la..
walau tahap disiplin x teruk ...tp..
bile student dtg wat kaunseling banyak sgt masalah dorang yg kasih sndiri x sangka...hurmm
mmg banyak dugaan student zaman skrg neh...

p/s: smoga kita sama2 brsemangat mendidik anak bangsa

Post a Comment

~jangan lupa datang komen2 lagi k...=)