Betul kata orang
Bile kita sayangkan seseorang
Kita perlu bersedia untuk disakiti
Mungkin ada betulnya
Kadang-kadang aku menyesal bila aku dah sayangkan seseorang
Sedar tak sedar aku sendiri cuba sakiti diri sendiri
Akhirnya...aku sendiri yang merana
Salah ke aku kerana selalu berfikir tentang masa depan
Salah ke aku cuba buat yang terbaik dalam hidupku
Salah ke aku untuk hidup bahagia
Bila aku ditinggalkan
Aku selalu fikir…
Setiap orang berhak untuk bahagia
Semua orang berhak untuk dapat yang terbaik dalam hidup mereka
Akhirnya...aku rela ditinggalkan
Kadang-kadang cemburu dengan rakan-rakanku yang bertunang
dan ada jg yang dah berkahwin..ada baby...
bahagianya hidup...
Malah pensyarah aku juga ada bangkitkan tentang ini...
Katanya...“kamu semua patutnya dah fikirkan tentang pasangan hidup“
Jadi salah ke kalau aku berfikir tentang itu...
Mungkin ya, mungkin juga tidak
Kata orang...umur masih muda..baru 23 tahun...
Satu ketika dulu aku selalu bertanya pada si dia
‘b…bile kita k bertunang ???bile kita nk kawin??‘
Dan jawapannya tetap same...
Tak pernah berubah
‘tunggu la...mie abis belajar nanti k, ada jodoh ada la‘
Aku tanya bukan sebab aku gatal nk kawin
Tapi aku nk ada orang bertanggungjawab atas diri aku
Aku nak hubungan yang sah...
Tolong la fahami diriku...
Setiap kali aku tanya
Jawapannya tetap same
Tak pernah berubah
Aku nak jek menjerit ketika tu...
Aku nak meraung...
Aku nak dia tahu sakitnya hati aku bila dapat jawapan seperti itu..
Kadang2 aku terfikir
kenapa dia yang aku gila-gilakan
Yang aku sayang, rindu tiap waktu, tiap hari...
Kan bagus kalau aku kuat untuk meninggalkan dia...
Tapi aku tak sanggup...
Aku tak sanggup dia terluka lagi
Walaupun aku sedar aku selalu buat dia sakit hati
Aku selalu fikir negatif tentang dia
Entah...naluri wanita...
Bila dah sayang...
Aku rasa semua wanita akan beri jawapan yang sama...
Kata orang cemburu tandanya sayang...
Aku selalu diam bila aku tak puas ati ngan dia
Aku tahu dia penat kerja….
Aku faham dia seorang yg workerholic
Ya, aku dah bersedia untuk memahami dia
Dan aku masih belajar memahami dia sehingga saat ini
Aku tahu dia sayang aku
Kadang2 aku rasa aku tak layak untuk dia…
Dia boleh dapat perempuan yg lebih baik dr aku…
Yang cantik…(aku mmg x cantik)
Yang penting pompuan tu kurus….
Kalau tak aku memang tak puas hati…
Itu andai dia mahu…
Kalau dia mahu…ya.aku rela lepaskan dia…
Kenapa????
sebab aku percaya setiap orang berhak dapat kebahagiaan
Untuk sia dia....
Jangan bersedih dengan kenyataan aku ini...
Aku mengaku...
Aku tak pandai bermadah-madah tentang cinta...
Aku tak reti melayan kerenah dia...
Aku degil...susah nak kawal emosi dan tingkah laku aku
Tapi aku pasti....
Andai dia ditakdirkan sebagai imamku kelak...
insyaAllah...aku akan cuba jadi makmummu yang sempurna
walaupun aku serba kekurangan....
sehingga di saat ini...
aku masih menanti...
aku pasti tentang satu perkara
aku mahu si dia tahu
dia adalah yang terbaik bagiku...
0 comments:
Post a Comment
~jangan lupa datang komen2 lagi k...=)